Make your own free website on Tripod.com

Enjin Pencari

Diangarkan terdapat berjuta-juta dokumen (fail-fail elektronik termasuk text, audio-visual, program komputer dsb) yang boleh didapati melalui internet. Ianya dikendalikan oleh beratus ribu komputer di seluruh dunia. Jumlah dokumen ini  bertambah dengan cepat setiap tahun.

WEB adalah salah satu kemudahan internet yang boleh mencapai dokumen ini. Oleh sebab dokumen ini terlalu banyak, maka pengendali internet memperkenalkan Enjin Pencari untuk memudahkan mencari dokumen yang dikehendaki.

Misalnya, enjin pencari berikut sesuai untuk mencari maklumat yang berkaitan Malaysia:  Malaysia Search dan All Malaysian WebSphere.

Kebanyakan Enjin pencari ini menggunakan perkataan 'AND'  dan 'OR'  untuk pengabungan pencarian perkataan. Engin pencari Alta Vista membenarkan anda menggunakan wildcards '*' dalam mencari dokumen. Enjin pencari Hotbot pula membenarkan anda mencari mengikut tapak atau sambungan  web seperti site:www.tm.net.my atau link:thestar.com.my.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut cara menggunakan enjin pencari tersebut dengan membaca dokument berkaitan bantuan (help).

Selamat mencuba !

<Kembali ke laman Utama>  <E-mail Penulis>